← Kembali / Back SAFI Brilliant Management • Borang Pendaftaran Rasmi
SAFI Brilliant Logo

SAFI brilliant

umrah • ziarah • pelancongan • haji

REFERENCE CODE: ____________________
BORANG PENDAFTARAN UMRAH PELANCONGAN 2026-2027 / 1447-1448H
MAKLUMAT PENERBANGAN
NAMA PAKEJ / TRIP : Indonesia (Padang - Bukit Tinggi)
TARIKH HARGA
01/12/2026 RM 2,450.00
MAKLUMAT PESERTA / JAMAAH – *EJAAN MENGIKUT PASSPORT
NAMA PENUH :
NO KAD PENGENALAN : UMUR :
PEKERJAAN : STATUS : Berkahwin
NO TEL H/P : NO TEL RUMAH :
ALAMAT RUMAH :
POSKOD : BANDAR : NEGERI :
MAKLUMAT PASSPORT / DOKUMEN PERJALANAN
NO PASSPORT : TARIKH LAHIR :
NEGARA : Malaysia TARIKH TAMAT :
WARGANEGARA : Warganegara Malaysia
NO VISA SAUDI : (JIKA ADA)
MAKLUMAT WARIS
NAMA PENUH WARIS :
HUBUNGAN :
NO TELEFON (1) : NO TELEFON (2) :
ALAMAT WARIS :
POSKOD : BANDAR : NEGERI :
MAKLUMAT KESIHATAN DIISI DI DEPAN PEGAWAI SYARIKAT
SAKIT
TANDA SALAH SATU
ADA    TIADA
JIKA ADA NYATAKAN JENIS PENYAKIT :
NYATAKAN JENIS RAWATAN / UBAT :
(BAGI PESAKIT / PENYAKIT YANG SERIUS WAJIB DISERTAKAN LAPORAN PERUBATAN)
KEKERAPAN DIALYSIS (JIKA PERLU) :
ADAKAH ANDA PENGGUNA KERUSI RODA :      YA      TIDAK
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI PEMBANTU / ASSISTANCE :    YA    TIDAK    - JIKA ADA, NYATAKAN DI BAWAH :
NAMA :
HUBUNGAN : NO TEL :
MAKLUMAT AHLI KELUARGA YANG IKUT SERTA
BIL NAMA PENUH HUBUNGAN
1.
2.
3.
4.
SENARAI SEMAK *KEGUNAAN PEJABAT NAMA PEGAWAI :
BIL DOKUMEN ✓ NOTE BIL DOKUMEN ✓ NOTE
1 PASSPORT 6 LETTER OF CONSENT
2 SALINAN KAD PENGENALAN 7 DEPOSIT
3 3X GAMBAR VISA 8 BAYARAN PENUH
4 SURAT BERANAK *JIKA BERKAITAN 9 LAPORAN PERUBATAN *JIKA PERLU
5 SIJIL NIKAH *JIKA BERKAITAN 10 VISA SAUDI *JIKA ADA
SAFI Brilliant Logo

SAFI brilliant

umrah • ziarah • pelancongan • haji

Borang Pendaftaran Umrah Pelancongan 2026-2027 / 1447-1448H
TERMA DAN SYARAT

1. Saya dengan ini membuat pembelian Pakej Umrah / Pelancongan dengan Syarikat Safi Brilliant Management dan memberi kepercayaan penuh kepada pihak syarikat untuk menguruskan dokumentasi dan keperluan perjalanan umrah / pelancongan saya. Saya yakin dan percaya bahawa pihak syarikat menjalankan perniagaan secara professional dan telus.

2. Sekiranya saya membatalkan pembelian ini tanpa sebab-sebab yang munasabah setelah segala urusan dokumentasi perjalanan, penerbangan, penginapan, makan minum serta pengangkutan mengikut pakej pilihan saya telah dibuat oleh pihak syarikat, saya bersetuju dikenakan tuntutan gantirugi mengikut kadar kiraan semasa yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak berkenaan termasuk syarikat penerbangan, pengangkutan dan penginapan di tanah suci / tempat tuju.

3. Pakej-pakej umrah yang ditawarkan oleh pihak Kembara Desa Impian tertakluk dan bergantung kepada kelulusan VISA daripada pihak Pemerintah Negara Arab Saudi dan saya bersetuju dengan sebarang perubahan tarikh baru.

4. Jadual perjalanan yang diubah / ditunda pada saat akhir oleh pihak airlines tidak boleh dijadikan kesalahan kepada pihak pengurusan Syarikat, samaada jadual baru akan menyebabkan peserta / jamaah terpaksa mengikut jadual yang diawalkan atau menunggu atau menunda penerbangan ke satu tarikh yang lain untuk beberapa hari sama ada bermula dari Malaysia atau ketika jadual perjalanan balik dari Arab Saudi atau mana-mana negara semasa. Semua kos makanan, penginapan dan segala urusan yang berkaitan adalah tanggungjawab peserta / saya sendiri.

5. Jika berlaku apa-apa perubahan dari sudut pertambahan hari / malam daripada pihak airlines ke atas jadual asal penerbangan pakej pilihan saya, maka saya bersetuju dan rela dikenakan apa-apa bayaran tambahan yang munasabah bagi menampung kos luar jangka mengikut kadar semasa tanpa sebarang notis awal.

6. Bahawa saya bersetuju membuat bayaran tambahan sekiranya saya membawa muatan bagasi melebihi had yang ditetapkan oleh pihak airlines iaitu di antara 20 – 30KG (rujuk jenis Airlines) bagi kelas ekonomi dan mengikut kadar semasa ketetapan pihak airlines di mana-mana lapangan terbang.

7. Bahawa saya bersetuju sekiranya sebarang perkhidmatan termasuk perjalanan lawatan dan ziarah, makan dan minum atau perkhidmatan-perkhidmatan lain yang telah disediakan mengikut kandungan pakej yang telah saya pilih tidak digunakan oleh pihak saya, maka saya tidak berhak menuntut balik bayaran bagi setiap perkara tersebut.

8. Saya juga bersetuju ditukarkan ke mana-mana penginapan lain yang sama taraf dengan kadar harga semasa samada di Mekkah, Madinah atau bandar pelancongan semasa jika sekiranya penginapan asal yang ditempah pihak pengurusan / team syarikat gagal atau tidak dapat disediakan oleh pihak hotel atau muassasah Saudi atau agensi pelancongan setempat.

9. Saya faham dan bersetuju bahawa semua harga yang diiklankan tertakluk kepada perubahan tanpa notis samaada daripada pihak Airlines / penerbangan (Surcharge Bahan Api) atau pihak hotel penginapan, pengangkutan setempat mengikut kadar hari biasa, kadar musim cuti sekolah setempat, musim kemuncak, bulan Ramadhan, pertikaian politik dunia, peperangan serta tukaran matawang dunia.

10. Saya faham adalah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang dan peraturan Pemerintah Negara Arab Saudi, bahawa jumlah hari dalam visa umrah / ziarah / pelancongan yang telah ditentukan tidak boleh dilanjutkan bagi tujuan tinggal lebih masa atau dibawa ke musim haji berikut dan pihak syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang masalah yang berbangkit selepas itu jika jamaah / peserta tidak pulang mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan dipersetujui.

11. Jika saya jatuh sakit atau berlaku sebarang kejadian tidak diingini di negara Arab Saudi / atau mana-mana negara pelancongan semasa di mana saya tidak pulang mengikut tarikh yang ditetapkan pada jadual asal, maka segala kos rawatan, kos ubatan, kos hospital, kos makan minum, kos perantara / jurubahasa, kos-kos yang terkait, kos penerbangan pulang akan datang akan ditanggung sepenuhnya oleh plan insurance yang dibeli dan oleh saya sendiri dan bukan pihak syarikat.

12. Saya juga faham bahawa kehilangan bagasi dalam perjalanan bukan di bawah tanggungjawab syarikat Kembara Desa Impian S/B. Menjadi tanggungjawab saya menjaga apa-apa yang menjadi milik dan harta saya dalam perjalanan ini.

13. Saya juga telah faham bahawa jika saya membatalkan tempahan ini kurang daripada 60 hari sebelum tarikh penerbangan, wang deposit saya tidak akan dikembalikan.

14. Jika pembayaran penuh telah dibuat, dan saya membuat pembatalan kurang 40 hari sebelum tarikh penerbangan, semua bayaran pengurusan pakej termasuk tiket penerbangan, hotel penginapan, pengangkutan, bayaran visa dan apa-apa bayaran perlu ditanggung oleh saya sepenuhnya dan saya tidak berhak menuntut kembali kepada pihak syarikat, dan pihak syarikat berhak tidak mengembalikan bayaran yang telah saya buat.

15. Urusan pemulangan wang atau 'refund' mengambil masa minima 30 hari bekerja dan atau kemungkinan lebih bergantung kepada pemulangan balik pihak yang berkaitan kepada Syarikat Safi Brilliant Management. Pembayaran refund kepada peserta / jamaah akan dibuat melalui chaque syarikat di atas nama peserta / jamaah.

16. Saya bersetuju dengan terma dan syarat-syarat yang ditetapkan dan mengaku bahawa semua butiran yang telah diberikan adalah benar dan saya akan mengikut jadual dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

Tandatangan Peserta
Nama Peserta :   Tarikh : 11/10/2026