Badal Haji
BADAL HAJI
BADAL HAJI
Waris yang berhajat membadalkan ibadah haji kepada arwah mak @ ayah @ ahli keluarga - sakit tua, boleh daftarkan nama arwah / pesakit dengan kami untuk Proses Pendaftaran Awal dan Pemilihan Petugas.
- Kadar Upah semasa (tahun 1448H) adalah RM4950.00 - satu nama.
- β Kadar Upah adalah untuk semua kos tanggungan termasuk Permit Haji 1448H (setiap SEORANG PETUGAS / SATU NAMA ARWAH)
- β Akad Wakil akan dibuat setelah bayaran Upah Penuh diterima.
ββββββ
Manfaat ;
1. Badal Haji & Umrah Lengkap dengan seorang pelaksana bagi satu nama arwah.
2. 1x Waqaf Quran di Masjidil Haram Mekkah @ Madinah.
3. 1x Umrah Sunat di Luar Musim Haji. (Sebelum musim Haji bermula @ selepas Tahun Haji Semasa).
4. β Tahlil Arwah di Bumi Haram Mekkah @ Madinah. (Waris boleh turut serta mengadakan kenduri arwah di Mekkah @ Madinah jika Berhajat)
Cenderahati kepada Waris :
1. 1x Air Zam-zam
2. 1x Tasbih
3. 1x Sejadah
4. 1x Sijil Badal Haji
ββββββ-
Khidmat Badal Umrah di luar musim haji juga disediakan dengan kadar belanja hadiah khidmat kepada petugas - RM500.00 (+ hadiah 1 naskah wakaf alQuran)
-
TERHAD 20 NAMA ARWAH SAHAJA
Musim Badal Haji Berjadual
β¦Tarikh di atas tidak sesuai dengan masa anda?
Cadangkan bulan & tahun pilihan anda agar kami dapat buka trip tambahan.
Cadang Tarikh Pilihan Anda
Buka TripBerminat dengan pakej ini? Nyatakan bulan & tahun cadangan anda. Pihak pengurusan kami akan mengumpul permintaan dan membuka tarikh rasmi khas untuk anda!
Galeri
β¦
Terma & Syarat Badal Haji
β¦1 Petugas = 1 Nama
Setiap petugas hanya ditugaskan untuk satu penama bagi menjaga kesempurnaan amanah.
Sijil Rasmi Arab Saudi
Sijil pelaksanaan rasmi dikeluarkan terus dari pihak pengurusan di Arab Saudi.
TERMA & SYARAT (T&C)
UPAH KHIDMAT BADAL HAJI β MUSIM HAJI SEMASA
SAFi Brilliant Management
1 1. TUJUAN
Terma & Syarat ini menetapkan perkara berkaitan pendaftaran, pembayaran, pelantikan wakil, mekanisme pelaksanaan, pengesahan serta urusan Upah Khidmat Badal Haji yang disediakan dan diuruskan oleh SAFi Brilliant Management.
Pendaftaran dan/atau pembayaran oleh waris dianggap sebagai persetujuan untuk mematuhi Terma & Syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini.
2 2. KELAYAKAN BADAL HAJI
2.1 Badal Haji boleh dilaksanakan bagi pihak individu yang berada dalam keadaan yang dibenarkan oleh syarak, iaitu:
- (a) individu yang telah meninggal dunia dan masih mempunyai kewajipan Haji yang belum ditunaikan; atau
- (b) individu yang masih hidup tetapi mengalami sakit atau keuzuran yang berterusan sehingga tidak berkemampuan untuk menunaikan Haji secara fizikal serta tiada harapan untuk sembuh, tertakluk kepada syarat dan panduan syarak yang berkaitan.
2.2 Bagi si mati, waris hendaklah memastikan bahawa maklumat berkaitan kewajipan Haji si mati adalah benar dan tepat.
2.3 Berdasarkan pandangan mazhab Syafiβi, seseorang yang telah berkemampuan menunaikan Haji tetapi meninggal dunia sebelum menunaikannya mempunyai kewajipan Haji yang perlu diselesaikan. Dalam keadaan tersebut, Badal Haji boleh dilaksanakan bagi pihaknya.
2.4 Bagi individu yang masih hidup, kelayakan Badal Haji tertakluk kepada keadaan sakit atau keuzuran yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarak dan bukan semata-mata kerana mengalami sakit sementara atau kesukaran biasa untuk menunaikan Haji.
2.5 Pihak SAFi berhak mendapatkan maklumat, pengesahan perubatan atau dokumen tambahan sekiranya diperlukan bagi tujuan pengesahan kelayakan dan pemprosesan pendaftaran.
2.6 Waris bertanggungjawab mendapatkan nasihat pihak berautoriti agama sekiranya terdapat sebarang keraguan berhubung status kewajipan Haji atau kelayakan Badal Haji individu yang hendak dibadalkan.
3 3. KADAR UPAH KHIDMAT
3.1 Kadar Upah Khidmat Badal Haji bagi Musim Haji Semasa ialah:
RM4,950.00 bagi satu (1) nama
Kadar adalah tertakluk kepada perubahan mengikut tahun, Musim Haji Semasa dan pertukaran mata wang dunia.
3.2 Kadar tersebut adalah berdasarkan pakej dan skop perkhidmatan semasa yang ditawarkan bagi Musim Haji Semasa.
3.3 Sebarang manfaat atau perkhidmatan tambahan yang dinyatakan dalam bahan promosi adalah tertakluk kepada skop pakej, syarat pelaksanaan dan keadaan semasa.
3.4 Sekiranya bayaran Upah Khidmat tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan bagi Musim Haji Semasa, pihak SAFi berhak menangguhkan proses Badal Haji ke Musim Haji berikutnya, tertakluk kepada kuota, kos, peraturan dan keadaan semasa.
4 4. PILIHAN PEMBAYARAN
Waris mempunyai dua (2) pilihan pembayaran:
4.1 Bayaran Penuh
Bayaran sebanyak RM4,950.00 atau kadar semasa yang ditetapkan bagi Musim Haji Semasa dibuat secara penuh.
4.2 Bayaran Secara Ansuran
Waris boleh membuat bayaran secara ansuran mengikut kemampuan melalui Sistem Perkongsian Manfaat (SPM26) SAFi di: www.safiholidays.com
4.3 Bayaran ansuran hendaklah dimulakan dengan bayaran deposit dan diteruskan mengikut kemampuan dan masa sehingga jumlah penuh bagi kadar semasa diselesaikan.
4.4 Waris bertanggungjawab memastikan setiap bayaran dibuat melalui saluran pembayaran rasmi yang ditetapkan oleh syarikat sehingga jumlah penuh dipenuhi.
5 5. PEMANTAUAN BAYARAN MELALUI SPM26
5.1 Waris boleh menyemak dan memantau rekod pembayaran melalui Sistem SAFi β SPM26.
5.2 Sistem ini disediakan bagi membantu waris mendapatkan maklumat bayaran secara lebih telus, mudah dan teratur.
5.3 Sebarang percanggahan rekod pembayaran hendaklah dilaporkan kepada pihak SAFi dengan segera berserta bukti pembayaran yang berkaitan.
6 6. PENDAFTARAN DAN MAKLUMAT WARIS
6.1 Waris hendaklah memberikan maklumat yang benar, tepat dan lengkap bagi:
- Nama penuh waris dan nombor telefon waris yang aktif;
- Nama penuh individu yang hendak dibadalkan;
- Status individu, sama ada si mati atau keadaan lain yang dibenarkan;
- Maklumat hubungan; dan
- Apa-apa maklumat lain yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan.
6.2 Pihak SAFi tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan atau kesilapan yang berpunca daripada maklumat yang tidak lengkap, tidak tepat atau lewat diberikan oleh waris.
7 7. MEKANISME PELAKSANAAN BADAL HAJI
7.1 Pelaksanaan Khidmat Badal Haji yang diuruskan oleh SAFi Brilliant Management dilaksanakan melalui mekanisme kerjasama dengan pihak syarikat/pengelola di Arab Saudi yang mempunyai kebenaran, kelulusan atau autoriti yang berkaitan untuk menguruskan perkhidmatan Haji, tertakluk kepada peraturan dan ketetapan pihak berkuasa Arab Saudi yang berkuat kuasa.
7.2 Melalui kerjasama tersebut, SAFi Brilliant Management menerima atau menguruskan kuota pelaksanaan Badal Haji berdasarkan kuota semasa yang diterima daripada pihak pengurusan pelaksanaan bagi Musim Haji Semasa.
7.3 Nama-nama yang telah didaftarkan dan memenuhi syarat akan dikemukakan kepada pihak pengurusan pelaksanaan di Arab Saudi untuk proses pendaftaran, pemilihan dan penugasan petugas.
7.4 Petugas yang dilantik hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak serta syarat dan ketetapan pihak pengurusan Haji yang berkaitan.
7.5 Bagi tujuan pelaksanaan Badal Haji, petugas hendaklah telah menunaikan Haji Wajib bagi dirinya sendiri, mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarak.
7.6 Bagi menjaga kesempurnaan amanah, setiap petugas hanya ditugaskan melaksanakan Badal Haji bagi satu (1) nama pada Musim Haji Semasa.
7.7 Pendekatan satu petugas bagi satu nama ini bertujuan membantu memastikan amanah Badal Haji dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
7.8 SAFi Brilliant Management tidak menyerahkan amanah Badal Haji kepada ejen yang tidak sah, individu persendirian, pelajar di Arab Saudi atau mutawwif bebas yang beroperasi secara persendirian bagi tujuan pelaksanaan Haji.
7.9 Sebarang pertukaran petugas atas sebab operasi, kesihatan, keselamatan, arahan pihak berkuasa atau sebab munasabah yang lain boleh dibuat oleh pihak SAFi atau pihak pengurusan pelaksanaan bagi memastikan amanah dapat dilaksanakan.
7.10 Pertukaran petugas sebagaimana dinyatakan dalam Klausa 7.9 tidak menjejaskan ketetapan bahawa satu petugas hanya ditugaskan bagi satu nama bagi pelaksanaan yang berkaitan.
8 8. AKAD WAKALAH / PELANTIKAN WAKIL
8.1 Akad Wakalah akan dilaksanakan setelah bayaran Upah Khidmat penuh diterima dan syarat pendaftaran dipenuhi.
8.2 Pihak yang dilantik sebagai wakil/petugas hendaklah melaksanakan Badal Haji bagi pihak nama yang didaftarkan berdasarkan akad dan amanah yang diberikan.
8.3 Sebarang pertukaran petugas atas sebab yang munasabah boleh dibuat oleh pihak SAFi atau pihak pengurusan pelaksanaan, tertakluk kepada keperluan dan keadaan semasa.
9 9. PELAKSANAAN, REKOD DAN PENGESAHAN
9.1 Pelaksanaan Badal Haji adalah tertakluk kepada permit rasmi, syarat, peraturan, kelulusan serta ketetapan pihak berkuasa dan pengurusan Haji yang berkenaan.
9.2 Setiap pelaksanaan Badal Haji akan direkodkan oleh pihak pengurusan pelaksanaan di Arab Saudi berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
9.3 Selepas pelaksanaan selesai, rekod dan/atau pengesahan pelaksanaan akan dikemukakan kepada SAFi Brilliant Management dalam bentuk sijil rasmi daripada pihak Arab Saudi untuk tujuan dokumentasi dan seterusnya diedarkan kepada waris yang berkenaan.
9.4 SAFi akan menyimpan rekod berkaitan pelaksanaan sebagai sebahagian daripada dokumentasi perkhidmatan.
9.5 Sijil Badal Haji hanya dikeluarkan oleh pihak Arab Saudi berdasarkan rekod dan pengesahan pelaksanaan yang diterima daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan.
10 10. MANFAAT PAKEJ
Tertakluk kepada skop pakej yang ditawarkan, manfaat yang disediakan termasuk:
- 10.1 Badal Haji dan khidmat Umrah berkaitan bagi satu (1) nama.
- 10.2 Satu (1) wakaf al-Quran di Masjidil Haram, Makkah atau Madinah.
- 10.3 Satu (1) hadiah Umrah sunat di luar musim Haji, tertakluk kepada keadaan dan jadual pelaksanaan.
- 10.4 Tahlil arwah di Tanah Haram Makkah atau Madinah, tertakluk kepada keadaan dan urusan semasa.
11 11. CENDERAHATI BUAT WARIS
Cenderahati yang ditawarkan kepada waris ialah:
π§
1 Air Zam-zam
πΏ
1 Tasbih
π
1 Sejadah
π
1 Sijil Badal Haji
Penghantaran atau penyerahan cenderahati tertakluk kepada kaedah dan tempoh yang ditetapkan oleh pihak SAFi.
12 12. SIJIL BADAL HAJI
12.1 Sijil Badal Haji rasmi yang diterima daripada pihak Arab Saudi akan diserahkan kepada waris yang berkenaan.
12.2 Sijil tersebut hendaklah disimpan oleh waris sebagai dokumen rekod dan bukti perkhidmatan.
13 13. PEMBATALAN DAN PEMULANGAN BAYARAN
13.1 Sebarang permohonan pembatalan hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak SAFi.
13.2 Sekiranya proses pelaksanaan, pemilihan atau pelantikan petugas telah dimulakan, sebarang pemulangan bayaran akan tertakluk kepada kos dan komitmen yang telah ditanggung serta Terma & Syarat yang berkuat kuasa.
13.3 Setelah Akad Wakalah dilaksanakan atau proses pelaksanaan telah bermula, permohonan pembatalan hendaklah dinilai berdasarkan keadaan sebenar kes dan kos yang telah ditanggung.
13.4 Sebarang lebihan atau baki, jika ada, akan diproses mengikut polisi pemulangan yang berkuat kuasa.
14 14. KEADAAN DI LUAR KAWALAN
Pihak SAFi tidak dianggap melanggar Terma & Syarat sekiranya berlaku perkara di luar kawalan munasabah seperti:
- Perubahan peraturan atau ketetapan pihak berkuasa;
- Perubahan atau sekatan berkaitan permit Haji;
- Perubahan kuota;
- Masalah perjalanan;
- Keadaan keselamatan;
- Bencana;
- Wabak;
- Gangguan pengangkutan; atau
- Perkara lain yang menjejaskan pelaksanaan.
Dalam keadaan tersebut, pihak SAFi akan mengambil langkah yang munasabah untuk meneruskan atau menyusun semula jadual pelaksanaan Badal Haji.
15 15. KHIDMAT BADAL UMRAH
15.1 Khidmat Badal Umrah di luar musim Haji turut disediakan dengan kadar semasa: RM500.00 bagi satu (1) nama serta Satu (1) naskhah Wakaf al-Quran.
15.2 Kadar dan khidmat ini tertakluk kepada syarat, jadual dan keadaan pelaksanaan yang berkaitan.
16 16. KUOTA PENDAFTARAN
Pendaftaran Badal Haji bagi Musim Haji Semasa adalah tertakluk kepada kuota semasa yang diterima oleh SAFi Brilliant Management daripada pihak pengurusan pelaksanaan di Arab Saudi.
16.1 Jumlah pendaftaran yang boleh diterima adalah terhad kepada kuota semasa yang diterima bagi Musim Haji Semasa.
16.2 Pihak SAFi berhak menutup pendaftaran apabila kuota semasa telah dipenuhi.
16.3 Sebarang permohonan selepas kuota dipenuhi akan tertakluk kepada kekosongan atau penerimaan kuota tambahan, jika ada.
17 17. TANGGUNGJAWAB WARIS
Waris bertanggungjawab:
- Memberikan maklumat yang benar;
- Memastikan nama dan maklumat si mati atau individu yang dibadalkan adalah tepat;
- Menyelesaikan bayaran mengikut pilihan pembayaran yang dipilih;
- Membuat bayaran hanya melalui saluran rasmi yang ditetapkan oleh SAFi;
- Menyimpan bukti transaksi dan rekod pendaftaran; dan
- Memberikan kerjasama yang diperlukan bagi melengkapkan proses pendaftaran dan pelaksanaan.
18 18. TANGGUNGJAWAB SAFi
SAFi Brilliant Management bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan berdasarkan skop pakej yang dipersetujui serta mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan urusan Badal Haji dilaksanakan mengikut akad dan ketetapan yang berkaitan.
19 19. KETELUSAN DAN SALURAN PEMBAYARAN RASMI
19.1 Semua pembayaran hendaklah dibuat melalui saluran pembayaran rasmi SAFi yang ditetapkan.
19.2 Waris dinasihatkan supaya tidak membuat pembayaran kepada mana-mana individu atau pihak ketiga yang tidak diberi kuasa oleh SAFi.
19.3 SAFi tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang bayaran yang dibuat kepada pihak ketiga yang tidak diberi kuasa oleh SAFi sekiranya bayaran tersebut tidak diterima oleh SAFi dan tiada bukti rasmi yang menunjukkan bahawa bayaran tersebut telah dibuat melalui saluran pembayaran rasmi SAFi.
19.4 Waris hendaklah menyimpan bukti pembayaran rasmi bagi setiap transaksi dan mengemukakannya kepada pihak SAFi sekiranya diperlukan bagi tujuan semakan.
19.5 Sebarang urusan berkaitan bayaran, pendaftaran atau perubahan maklumat hendaklah dibuat melalui saluran komunikasi rasmi SAFi.
20 20. PINDAAN TERMA & SYARAT
Pihak SAFi berhak meminda atau mengemaskini Terma & Syarat sekiranya diperlukan atas faktor operasi, syarak, peraturan, perubahan kos atau arahan pihak berkuasa yang berkaitan.
Sebarang pindaan akan dimaklumkan melalui portal rasmi syarikat atau saluran komunikasi rasmi SAFi.
21 21. PERSETUJUAN WARIS
Dengan membuat pendaftaran dan/atau pembayaran, waris mengakui bahawa:
βSaya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat Upah Khidmat Badal Haji bagi Musim Haji Semasa yang ditetapkan oleh SAFi Brilliant Management.β
Waris juga mengakui bahawa maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat serta bersetuju untuk memberikan kerjasama yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan Badal Haji.
SAFi BRILLIANT MANAGEMENT
Kesempurnaan Ibadah Anda, Keutamaan Kami
Pendaftaran Badal Haji
Bersedia untuk merasai pengalaman BADAL HAJI?
Laksanakan amanah ibadah Haji untuk insan tersayang dengan bimbingan Mutawwif berpengalaman di Makkah Al-Mukarramah.