7.1 Pelaksanaan Khidmat Badal Haji yang diuruskan oleh SAFi Brilliant Management dilaksanakan melalui mekanisme kerjasama dengan pihak syarikat/pengelola di Arab Saudi yang mempunyai kebenaran, kelulusan atau autoriti yang berkaitan untuk menguruskan perkhidmatan Haji, tertakluk kepada peraturan dan ketetapan pihak berkuasa Arab Saudi yang berkuat kuasa.
7.2 Melalui kerjasama tersebut, SAFi Brilliant Management menerima atau menguruskan kuota pelaksanaan Badal Haji berdasarkan kuota semasa yang diterima daripada pihak pengurusan pelaksanaan bagi Musim Haji Semasa.
7.3 Nama-nama yang telah didaftarkan dan memenuhi syarat akan dikemukakan kepada pihak pengurusan pelaksanaan di Arab Saudi untuk proses pendaftaran, pemilihan dan penugasan petugas.
7.4 Petugas yang dilantik hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak serta syarat dan ketetapan pihak pengurusan Haji yang berkaitan.
7.5 Bagi tujuan pelaksanaan Badal Haji, petugas hendaklah telah menunaikan Haji Wajib bagi dirinya sendiri, mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarak.
7.6 Bagi menjaga kesempurnaan amanah, setiap petugas hanya ditugaskan melaksanakan Badal Haji bagi satu (1) nama pada Musim Haji Semasa.
7.7 Pendekatan satu petugas bagi satu nama ini bertujuan membantu memastikan amanah Badal Haji dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
7.8 SAFi Brilliant Management tidak menyerahkan amanah Badal Haji kepada ejen yang tidak sah, individu persendirian, pelajar di Arab Saudi atau mutawwif bebas yang beroperasi secara persendirian bagi tujuan pelaksanaan Haji.
7.9 Sebarang pertukaran petugas atas sebab operasi, kesihatan, keselamatan, arahan pihak berkuasa atau sebab munasabah yang lain boleh dibuat oleh pihak SAFi atau pihak pengurusan pelaksanaan bagi memastikan amanah dapat dilaksanakan.
7.10 Pertukaran petugas sebagaimana dinyatakan dalam Klausa 7.9 tidak menjejaskan ketetapan bahawa satu petugas hanya ditugaskan bagi satu nama bagi pelaksanaan yang berkaitan.